Bekas penyerang negara, Nizaruddin Yusof, beranggapan penggempur Johor Darul Ta'zim, Romel Morales, sebagai pilihan paling tepat untuk mengetuai jentera serangan skuad Harimau Malaya.
Ini susulan anak buah Peter Cklamovski akan meneruskan kempen Kelayakan Piala Asia berdepan Laos pada Khamis ini.
Nizaruddin mengakui prestasi semasa pemain naturalisasi negara itu bersama JDT menunjukkan dia berada dalam tahap terbaik untuk menggalas tanggungjawab di posisi penyerang utama.
Ini juga rentetan ketiadaan penyerang warisan negara, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado yang dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Untuk saya daripada segi prestasi saya percaya akan Romel, kita beraksi di Laos terlebih dahulu dan saya lihat dia boleh menyesuaikan diri prestasi dalam liga ke perlawanan antarabangsa.
"Jika dia tidak menjadi mungkin kita boleh letakkan Minta dalam babak kedua, saya percaya dia tidak sabar beraksi bersama skuad kebangsaan dan buktikan berapa dia layak untuk bermain," katanya.
Sementara itu, Nizaruddin yang juga pemenang kasut emas Liga Malaysia 2009 menjangkakan persaingan sengit di posisi sayap kiri membabitkan Faisal Halim, Ramadhan Saifullah dan Safawi Rasid.
Dia turut mengakui ketiga-tiga pemain itu mempunyai kelebihan walaupun ketika ini Ramadhan berada di kemuncak prestasi bersama Kuching City ketika ini.
"Di bahagian kanan memang tempat Arif Aiman, untuk bahagian kiri kita ada tiga pilihan seperti Faisal yang sudah hamper ke prestasi asal.
"Saya rasa kombinasi tiga pemain ini iaitu Romel, Faisal dan Arif akan membantu skuad negara raih jaringan dan beri impak positif." tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Satu Semangat, Satu Jersi
Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.
Dapatkan Sekarang