"Itu bukan satu penamat, itu permulaan baharu."
Demikian ulas tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim, berkongsi detik istimewa selepas mengakhiri kemarau jaringan selama 623 hari di pentas antarabangsa.
Ketua pasukan Selangor itu meledak satu gol ketika membantu skuad negara menewaskan Laos 3-0 dalam kempen kelayakan Piala Asia di Vientiane, Khamis lalu.
"Hampir dua tahun dan saya kembali menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan.
"Saya sangat gembira diberikan peluang oleh jurulatih.
"Ini membuktikan saya mampu dan usaha mencapai sasaran, kembali ke tahap prestasi sebenar.
"Terima kasih kepada rakan yang sentiasa beri sokongan motivasi.
"Ini bukan penamat tapi permulaan baru bersama pasukan kebangsaan," katanya.
Ia sememangnya gol yang cukup bermakna buat 'Mickey' setelah merintis ranjau berduri dalam kariernya selepas menjadi mangsa simbah asid pada Mei tahun lalu.
Apa pun, fokusnya tetap terarah pertembungan kedua bertemu Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil ketika pasukannya masih dipalit kontroversi membabitkan kes pemain warisan.
"Pemain sentiasa bersedia dalam apa situasi sekalipun walaupun tanpa tujuh pemain warisan.
"Pemain sedia ada kena melaksanakan tanggungjawab terbaik untuk pasukan kebangsaan.
"Sesiapa yang diberikan peluang, (perlu) gunakan peluang dengan sebaik mungkin," katanya.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang