Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: November untuk Luqman Hakim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lqiqirw.jpg
Tahniah Luqman Hakim Shamsudin, 11 November 2025 akan menjadi antara tarikh penting dalam ingatan penyerang berusia 23 tahun itu kerana mendapat panggilan menyertai kem latihan berpusat skuad bolasepak kebangsaan bimbingan Peter Cklamovski bagi menggantikan penyerang Kuching City, Jordan Mintah, yang berdepan masalah kesihatan.

Pengumuman ini dibuat Malaysia National Team menerusi pautan ringkas di media sosial rasmi badan pengurusan itu dan mendapat sambutan baik dikalangan penyokong Harimau Malaya dengan rata-ratanya yakin Luqman Hakim mampu beraksi dengan baik selaku penyerang, bergandingan dengan penyerang sensasi Johor Darul Takzim, Arif Aiman Hanapi di bahagian kiri dan kanan pula diisi oleh bintang Selangor, Faisal Halim, untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal pada 18 November nanti.







November sememangnya bulan yang memberi 1001 pelajaran dalam perjalanan hidup dan karier pemain yang pernah berkelana di bumi eropah itu apabila menyarung jersi kelab Belgium, KV Kortrijk pada 2020, selain berpeluang beraksi bersama kelab Iceland, Njarovik FC dan YSCC Yokohama secara pinjaman.

Antara keputusan besar yang dilakukan adalah kembali ke Malaysia untuk berada lebih dekat dengan keluarga terutama ibunya, selepas kehilangan sistem sokongan utama yang juga ayah tersayang dalam serangan jantung pada 3 November tahun lalu.

Luqman Hakim mendapat kepercayaan Nidzam Jamil dalam mempersiap skuad ampuh berwajah baharu buat Negeri Sembilan FC bagi saingan Liga Malaysia 2025/2026 dan kelibatnya semakin mencuri perhatian apabila menjaringkan 2 gol ketika membantu pasukan menewaskan Timor Leste pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Isnin lalu.

Diharapkan, berita baik akan terus mengiringi perjalanan penyerang muda ini, bukan sahaja sepanjang November, tetapi untuk langkah-langkah seterusnya, demi lencana di dada.

All the best Luqman Hakim.
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video