Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Kami mungkin kalah, seri atau menang -- Kapten Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

duymanh.jpg
Vietnam hadir dengan rekod cemerlang apabila tidak pernah tewas kepada Harimau Malaya sejak 2016 dan ini menjadi kelebihan utama buat mereka menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia, esok. 

Skuad kendalian Kim Sang-sik terus mengidamkan tiga mata penuh meskipun perlu menghadapi puluhan ribu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). 

Bagi ketua pasukan, Do Duy Manh, ia adalah penghormat terbesar buat dirinya bermain di venue keramat Malaysia selepas merasai pengalaman dengan suasana sewaktu mewakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United, bulan lalu. 

Tambahnya, aksi bertemu skuad negara bukan tugas mudah, sebaliknya persiapan rapi yang dilakukan berjalan lancar ekoran mempunyai perancangan terbaik untuk mengekalkan rekod tersebut. 

Ketika ditemu buali dalam sidang media, Duy Manh menegaskan dia dan rakan sepasukan tetap optimis bertemu Harimau Malaya yang dilimpahi pemain warisan, namun tidak menolak sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.




"Kami mungkin tewas, seri atau menang. 

"Kami akan memberikan segalanya dan bersedia menentang mereka di tempat sendiri," katanya. 

Kali terakhir pasukan bimbingan Peter Cklamovski meraih kemenangan menentang Bintang Emas ialah 15 tahun lalu pada 2010 dalam Piala AFF Suzuki.

Advertisement

Must Watch Video