Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Jurulatih Nepal 'no comment' soal warisan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nepal.jpg
Nepal menjadi lawan pertama buat Harimau Malaya bagi merebut slot ke Arab Saudi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok.

Ketua jurulatihnya, Matt Ross, menegaskan bahawa mereka tidak mengambil pertemuan tersebut dengan mudah, sebaliknya menganggap ia adalah muka surat baru bagi bola sepak Nepal bersaing dalam peringkat tertinggi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Menjelang aksi esok, pengendali kelahiran Australia itu mahu menjadikan kemenangan ke atas Singapura dalam siri persahabatan antarabangsa sebelum ini sebagai bekalan semangat menghadapi anak buah Peter Clamovski.

"Kami ada peluang yang besar. Sebelum sepak mula, setiap pasukan memiliki peluang 50-50.

"Keputusan menentang Singapura sangat bagus, namun terdapat ruang yang perlu kami perbaiki terutamanya meningkatkan persembahan setiap pemain.

"Saya sangat yakin beberapa kesilapan percaturan ketika bertemu Singapura dapat diatasi.

"Malaysia adalah pilihan untuk menang sama seperti Singapura.

"Saya rasa mereka memandang rendah kepada kami.

"Jadi, kami harus bersiap sedia menghadapi mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai skuad Harimau Malaya yang mengandungi beberapa pemain warisan, Matt Ross enggan mengulas perkara itu sambil menegaskan dia hanya menumpukan fokus terhadap persiapan Nepal sahaja. 

"Saya tiada komen untuk bercakap mengenai perkara itu.

"Pemain kami adalah 100 peratus tonggak tempatan berasal dari Nepal yang berjuang bermati-matian demi lencana di dada.

"Anda semua boleh lihat betapa semangatnya mereka ketika menyanyikan lagu kebangsaan sewaktu menentang Singapura," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video