Jurulatih baru Harimau Malaya, Kim Pan-gon, tidak mahu menutup peluang Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dan mereka seharusnya menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah.
Walaupun memiliki tiga bulan untuk merencana strategi bagi menghadapi pusingan ketiga pada Jun depan itu.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini memilih Malaysia sebagai venue pusingan kelayakan terakhir untuk ke China itu apabila berpuas hati dengan kemudahan terdapat di negara ini.
"Ia akan menjadi satu kelebihan besar kepada kita.
"Kami tahu dengan suasana di sini, semua penyokong akan beri sokongan. Kami akan dapat lebih fokus, dapat keyakinan.
"Ya, kami masih berpeluang untuk layak ke pusingan akhir," katanya dalam sidang media majlis pengenalan jurulatih dari Korea Selatan itu.
Antara kakitangan kejurulatihan baru skuad kebangsaan termasuk penolong kepada Pan-gon iaitu Pau Marti Vicente yang pernah berkhidmat bersama Barcelona, Adelaide United dan pasukan kebangsaan Hong Kong.
Jurulatih penjaga gol pula merupakan rakan senegaranya, Cho Jun-ho, yang pernah bekerja bersama pasukan Chiangrai dan Daegu FC sementara Lim Jaehun merupakan pakar analisis prestasi pasukan yang memiliki pengalaman bersama Pohang Steelers.
Dr Gokhan Kandemir yang pernah mengendali kelab gergasi Turki, Trabzonspor, pula akan memantau kecergasan pasukan kebangsaan.
Namun, slot untuk pembantunya yang terdiri daripada jurulatih tempatan masih belum diputuskan dan calonnya dikhabarkan akan ditemu duga lagi.
Harimau Malaya berada dalam balang tiga, undian Kelayakan Piala Asia 2023 di samping Afghanistan, Yaman, Myanmar, Maldives dan Indonesia.