Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya 'cakar' Nepal di SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hmmm.jpg
Harimau Malaya meraih tiga mata selepas menewaskan Nepal 2-0 dalam perlawanan Kumpulan F, pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan anak buah Peter Cklamovski mendahului 1-0 selepas pemain warisan baru Harimau Malaya, Hector Hevel, melakukan rembatan untuk membuka jaringan pertama di Iskandar Puteri sekali gus membuktikan kredibilitinya dalam aksi debut pertamanya itu.

Masuk babak kedua menyaksikan Dion Cools berpeluang untuk menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma, namun sepakannya sedikit tersasar pada minit ke-56.

Begitupun, beberapa siri serangan yang dirancang skuad negara dalam separuh masa kedua membuahkan hasil apabila gerakan Arif Aiman dinoktahkan oleh Corbin Ong untuk Harimau Malaya selesa mendahului The Gorkhalis 2-0 pada minit ke-70.

Turut mencuri tumpuan adalah Faisal Halim yang kembali membuat penampilan bersama skuad kebangsaan selepas kali terakhir beraksi Ketika berdepan Oman pada 26 Mac 2024, dengan dia masuk pada minit ke-74 menggantikan Dion Cools.

Keputusan 2-0 itu kekal hingga wisel penamat untuk Malaysia berada di tangga kedua Kumpulan F dengan tiga mata selepas satu perlawanan.

Aksi seterusnya Malaysia akan berdepan Vietnam pada 10 Jun nanti.

Advertisement

Must Watch Video