BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya bakal kerap 'panas badan' di SNBJ
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia, Iliyas Jamil, lebih bimbang mengenai status padang menjelang saingan Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jun ini.
Dia juga menegaskan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, memohon untuk memberikan ruang kepada pemain negara menjalani beberapa sesi pemanas badan di SNBJ sebelum aksi getir itu nanti.
Malah, PSM sedang dalam perbincangan bagi memastikan aksi itu nanti berlangsung dengan fasiliti terbaik serta dengan mutu padang berkelas dunia.
Iklan
"Perlawanan berdepan Vietnam perlu menang, kita telah diminta oleh pasukan Harimau Malaya untuk mereka datang membiasakan diri dengan keadaan padang dan rumput kerana berbeza dengan mereka guna ketika membuat latihan.
"Jadi kami akan beri yang terbaik buat pasukan Harimau Malaya, apabila ada sesi membiasakan diri ini maksudnya padang ini akan digunakan dengan lebih banyak.
"Saya harap dengan sesi ini dan menuju perlawanan nanti padang akan berada dalam keadaan terbaik." katanya.
Must-Watch Video