Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Cklamovski faham desakan peminat mahukan kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter.jpg
Ketua jurulatih, Peter Cklamovski, memahami desakan peminat yang menginginkan kemenangan menentang Vietnam menjelang Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.

Sebaliknya, pengendali kelahiran Australia itu tidak menganggap ia sebagai tekanan, malah turut menuntut perkara sama daripada anak buah untuk bermain mati-matian demi menghasilkan keputusan positif, sekali gus merealisasikan impian ke pentas tertinggi Asia itu. 

Kini, ia bukan lagi alasan untuk tewas kerana Harimau Malaya dilengkapi pemain warisan terbaharu meliputi posisi penting untuk memacu kejayaan negara mengalahkan Bintang Emas. 




Namun, Cklamovski tetap optimis dengan anak buahnya menampilkan kualiti terbaik mengekang asakan pihak lawan dan mahu membanggakan peminat tempatan menerusi perancangan rapi yang dilakukan ketika sesi latihan. 

Dia juga tidak menolak stigma dan menghormati pandangan orang ramai mengenai reputasi skuad kebangsaan terhadap Vietnam berdasarkan rekod pertemuan terdahulu. 

Cklamovski percaya dengan kemampuan pasukannya untuk meraih kemenangan dengan mentaliti tidak mahu mengalah. 

Advertisement

Must Watch Video