Kem Bangladesh masih bernafsu untuk turun beraksi walaupun sudah terkeluar daripada persaingan merebut tempat ke pusingan Piala Asia 2023 berikutan tewas dua perlawanan.

Pasukan di ranking ke-188 dunia itu tetap mengintai peluang untuk membuat kejutan ke atas Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok sekalipun mengakui terdapat jurang perbezaan di antara kedua-dua pasukan.

"Kami perlu kompetitif, setiap perincian esok akan memberi makna.

"Malaysia pasti beraksi habis-habisan.

"Bermula dari saat pertama lagi, mereka akan cuba membunuh perlawanan dalam tempoh 10 minit awal

"Perlawanan akan menjurus tentang kemampuan menjaringkan gol. Ia menuntut tumpuan penuh untuk menyekat mereka," kata jurulatih Bangladesh, Javier Cabrera.




Menurut kapten Bangladesh Jamal Harris Bhuyan, pula: "Kemahiran individu bukan kekuatan utama kami tetapi akan kuat secara berpasukan.

"Kalau beraksi mantap secara berpasukan, kami mampu mencapai sesuatu."

Dua perlawanan terakhir dalam tempoh tiga tahun berselang menyaksikan kedua-dua pasukan hanya meraih habuan seri.