Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23:  Pengalaman senior jadi bekalan ke Mongolia -- Mukhairi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mukhairi-ajmal.jpg
Tonggak muda negara, Mukhairi Ajmal, mengakui teruja dengan kepercayaan yang diperolehi daripada Tan Cheng Hoe untuk membarisi Harimau Malaya. 

Namun, dia tidak mahu mudah berpuas hati dan menerusi perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain tengah Selangor itu menegaskan dia masih perlu bekerja keras ketika menganggotai skuad kendalian Brad Maloney menjelang kelayakan Piala Asia B-23 di Ulaanbaatar, hujung bulan ini.

Begitupun, pengalaman berdepan Jordan dan Uzbekistan dalam perlawanan ujian membabitkan skuad senior minggu lalu mampu memacu persembahan rakan-rakan dalam skuad remaja, sekali gus mencerminkan keterujaan mereka untuk memperkuatkan barisan bimbingan Maloney itu meskipun kini sebahagian daripada pemain senior. 

"Saya dan Luqman (Hakim Shamsudin) dapat belajar dan menimba pengalaman dalam pasukan senior. 

"Saya akan gunakan pengalaman itu untuk membantu rakan sepasukan dalam B-23.

"Saya tidak boleh berasa selesa sebab ramai lagi pemain yang boleh memikat hati Cheng Hoe. 

"Insyallah saya fokus kepada skuad B-23 dan akan berikan khidmat sebaik mungkin selain cuba tingkatkan diri bersama skuad kebangsaan," katanya di Nadi Arena. 

Malaysia diundi dalam Kumpulan J di samping Thailand, Laos dan Mongolia dalam kempen dari 23-31 Oktober itu. 


 

Advertisement

Must Watch Video