Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B23: Dua kemenangan jadi tonik skuad negara bertemu Thailand

saravanan.jpg
Pemain sayap skuad B23 negara, T. Saravanan, mengakui dua kemenangan berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Asia B23 jadi tonik terbaik untuk menghadapi Thailand dalam aksi terakhir Selasa depan.

Ketika ini, Malaysia dan Thailand berkongsi enam mata dalam Kumpulan H, namun Thailand berada pada slot automatik ke pusingan akhir apabila mendahului kumpulan menerusi perbezaan jaringan.

Terdahulu, Saravanan meledak dua gol untuk membantu kemenangan 4-0 ke atas Filipina dalam aksi kedua di Stadium Chonburi semalam.

Selain meledak enam gol dalam dua perlawanan, skuad bimbingan E. Elavarasan juga belum dibolosi setakat ini.

 

Advertisement

Must Watch Video