MALAYSIA 0 EMIRIAH ARAB BERSATU 2

Skuad B-16 negara memulakan kempen pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 dengan langkah kiri apabila tewas 0-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kumpulan H di Stadium Nasional Laos, Vientiane malam tadi.

Gawang negara bocor seawal minit ketujuh dirobek Mayed Adel Khamis sebelum Mohamed Buti Almarar menyempurnakan sepakan penalti UAE sebelum ke bilik persalinan.

Dengan kekalahan itu, Harimau Muda tiada pilihan selain menewaskan tuan rumah, Laos, dengan jaringan besar untuk menjamin kelayakan sebagai antara lima naib juara kumpulan terbaik.

Skuad negara akan berdepan Laos di venue sama pada hujung minggu ini.