Tatkala tumpuan ramai terarah kepada bintang baharu Malaysian Abroad, Arif Aiman Hanapi muncul sebagai wira tidak didendang buat kem negara.
Ia menerusi dua bantuan gol dalam pertemuan Kumpulan F, kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional,. Bukit Jalil, malam tadi untuk membuktikan potensi anak jati tempatan berada dalam revolusi Harimau Malaya.
"Tiada rezeki untuk saya menghasilkan gol pada malam ini.
"Tapi satu pasukan (saling bekerjasama) untuk menghasilkan gol dan mengawal permainan walaupun Vietnam sebuah pasukan yang kuat juga.
"Mentaliti adalah penting. Di sebalik kedatangan pemain baru, saya akan terus berusaha untuk meletakkan diri dalam kesebelasan utama," katanya yang membuat kemunculan ke-35.
Prestasi tanpa melawan Vietnam juga dipacu keampuhan benteng akhir Harimau Malaya yang dibarisi antaranya Facundo Garces dan Jon Irazabal untuk penampilan pertama yang sempurna bersama Malaysia.
Turut menyerlah, Hector Hevel, di jentera tengah menerusi kawalan bola kemas dan hantaran tepatnya.
"Kami beraksi dengan agak baik walaupun buntu dalam separuh masa pertama tapi jaringan menyusul dalam separuh masa kedua.
"Barisan pemain juga semakin serasi," katanya pula.