Selepas tugasan antarabangsa dua minggu lalu, kemas kini terbaru menyaksikan senarai pasukan yang berada dalam pot masing-masing yang ditentukan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Harimau Malaya berada di pot 2 bersama Turkmenistan, Filipina, Afghanistan, Hong Kong dan Yaman.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan menerima ujian berat daripada pasukan pot 1 yang memiliki ranking lebih tinggi dan skuad yang seimbang.
✅ OFFICIAL
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 30, 2024
Following the November 2024 FIFA World Rankings, Asian Football Confederation (AFC) has confirmed the seedings for the 2027 Asian Cup Qualification Round, set to take place on December 9, 2024, at AFC House, Kuala Lumpur, Malaysia.
? Match Format:
The qualifiers… pic.twitter.com/ffobkx2l71
Undian pembahagian kumpulan akan dilakukan di Kuala Lumpur pada 9 Disember depan. Perlawanan akan dimaikan secara roundrobin timbal balik.
Terdahulu, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan kedua Kumpulan D yang terpaksa akur kepada Kyrgyzstan dan Oman.
Untuk rekod, Malaysia ketika itu di bawah bimbingan Kim Pan-gon berjaya mara secara merit ke Piala Asia 2023 susulan menduduki tempat kedua terbaik setiap kumpulan di pusingan ketiga yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.