Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia 2027: Nepal ambil serius, atur aksi persahabatan sebelum bertemu Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nepal.jpg
Salah satu halangan skuad Harimau Malaya dalam kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027 sedang mempersiap pasukan kerana sudah pasti tidak mahu memberi laluan mudah kepada Malaysia melepasi peringkat Kumpulan F.

Nepal akan berkunjung ke Singapura bagi mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum bertemu skuad kendalian Peter Cklamovski, 25 Mac depan.

Pasukan bimbingan Matt Ross itu akan menjadikan aksi menentang The Lions sebagai pemanas badan sebelum mengambil penerbangan terus ke Malaysia dengan misi mahu melakar kejutan. 

 

Aksi pembukaan di antara juara Pestabola Merdeka 2024 itu bakal diadakan di rumah keramat Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI), ekoran tuan rumah sebenar, Nepal, gagal menyediakan venue. 

Advertisement

Must Watch Video