PIALA ASIA

Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia mampu langkah kanan bertemu Nepal -- Paulo Josue

Stadium Astro
Ammar Hakim
17/02/2025
09:04 MYT
Sponsor Banner
Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia mampu langkah kanan bertemu Nepal -- Paulo Josue
Paulo Josue menganggap Harimau Malaya berpeluang cerah untuk memulakan kempen di Kelayakan Piala Asia 2027 dengan langkah kanan, selepas perlawanan pembukaan bertemu Nepal 25 Mac ini bakal dilangsungkan di Malaysia.
Ini berikutan kegagalan Nepal menyediakan Stadium Dasharath di Kathmandu bagi perlawanan sulung berkenaan.
Jelas kapten Kuala Lumpur City itu lagi, penting untuk Malaysia meraih keputusan positif ketika aksi bertemu Nepal sekaligus mampu dijadikan batu loncatan bagi mengharungi baki perlawanan Kumpulan F.
Josue turut berharap namanya tersenarai dalam panggilan skuad kebangsaan akan datang di samping memberikan jaminan untuk berjuang habis-habisan bagi merealisasikan hasrat Malaysia layak ke Piala Asia Arab Saudi 2027.
"Saya berasakan ini adalah kelebihan buat Malaysia beraksi di laman sendiri. Dengan pimpinan jurulatih baru, sudah pasti kemenangan amat penting buat setiap individu dalam pasukan Harimau Malaya.
"Saya juga sendiri mahu menyatakan sentiasa bersedia untuk mewakili pasukan kebangsaan, bersedia untuk memberikan yang terbaik jika diberi peluang beraksi," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video