Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Nepal pada 25 Mac depan dianggap pilihan tepat.
Bekas pertahanan negara, Razman Roslan, mengakui SSI memiliki banyak kelebihan untuk dijadikan 'Home Ground' Harimau Malaya terutamanya kualiti padang yang tiada tandingan.
Terdahulu, Nadi Arena melaporkan penyokong negara berpeluang melihat penampilan Harimau Malaya baru seawal Mac ini setelah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan pertemuan Malaysia bertemu Nepal akan diadakan di negara ini.
Ini susulan Stadium Dasharath di Kathmandu yang sepatutnya menjadi venue perlawanan pertama kelayakan itu belum sedia sepenuhnya untuk digunakan.
Malah, pihak AFC menerusi laman sesawang rasmi pada Rabu mengesahkan SSI sebagai pilihan badan induk bola sepak negara itu sekali gus mengenepikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
"Saya setuju, dengan keadaan padang yang berkualiti SSI akan membantu kualiti permainan dan hantaran pemain-pemain kerana seperti kita ketahui bakal ada muka baru akan bersama skuad kebangsaan.
"Saya rasa beraksi dimana-mana tiada masalah buat penyokong pasukan kebangsaan, di Kuala Lumpur ada dan di Johor turut ada penyokong yang boleh datang memberikan sokongan.
"Yang penting penyokong hadir memberikan sokongan, kerana tiga mata pertama sangat penting buat pasukan kebangsaan kita." katanya.

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2024
Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen kelayakan Kumpulan F berdepan Nepal di gelanggang lawan pada 25 Mac 2025. pic.twitter.com/8nACMqNdgs
Ini susulan Stadium Dasharath di Kathmandu yang sepatutnya menjadi venue perlawanan pertama kelayakan itu belum sedia sepenuhnya untuk digunakan.
Malah, pihak AFC menerusi laman sesawang rasmi pada Rabu mengesahkan SSI sebagai pilihan badan induk bola sepak negara itu sekali gus mengenepikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
"Saya setuju, dengan keadaan padang yang berkualiti SSI akan membantu kualiti permainan dan hantaran pemain-pemain kerana seperti kita ketahui bakal ada muka baru akan bersama skuad kebangsaan.
Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 28, 2025
ROB FRIEND
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya
▶️ Baca selanjutnya di https://t.co/a8zpEKImS1#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/GQZlEKyAaE