Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Melaka ke Liga Super bergantung kepada MFL -- AFL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka-raimi-fakri.jpg
Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bolasepak Amatur (AFL), Raimi Fakri Fuad, berkata kelayakan Melaka untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2025-26 akan bergantung kepada kelulusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Ini kerana setiap pasukan yang berhasrat untuk bertanding dalam saingan liga divisyen utama itu perlu lulus pelesenan kelab yang diselenggara badan bebas, First Instance Body (FIB).

"Untuk slot ke Liga Super, ia di bawah bidang kuasa MFL kerana mereka yang akan menentukan berapa pasukan yang akan dinaikkan.

"Kalau ikutkan musim-musim sebelum ini, memang dua pasukan teratas (Liga A1) akan ke Liga Super.

"Tetapi perlu diingatkan, untuk beraksi dalam Liga Super, setiap pasukan perlu lulus pelesenan kelab.

"Bagi pasukan Liga A1, beberapa pasukan sudah pun memohon perlesenan kelab pada Ogos lalu dan saya percaya tarikh akhirnya ialah pada penghujung bulan ini dan sekiranya mereka mahu bermain dalam Liga Super, semestinya mereka perlu mendapatkan pelesenan kelab.

"Sudah pasti Melaka (calon) pasukan yang akan naik ke atas (Liga Super) dan tidak dinafikan keberangkalian itu ada dan buat masa ini, kemungkinan untuk mereka naik itu tinggi," katanya.

Melaka selangkah untuk menamatkan penantian tiga tahun untuk kembali ke Liga Super selepas pasukan itu mengesahkan kejuaraan Liga A1 Semi Pro lebih awal apabila mengikat pencabar terdekat, Imigresen, 0-0 di Stadium Hang Jebat pada Sabtu lalu.

Kemenangan itu menyaksikan Melaka menghimpunkan 62 mata dan tidak mampu lagi dikejar Imigresen (57 mata) dengan hanya berbaki dua perlawanan pusingan kedua liga.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video