Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2024: Itali jumpa England di peringkat kumpulan

itali-euro-2020.jpg
Finalis Euro 2022, Itali dan England, bakal membuat perhitungan seawal kelayakan ke Euro 2024.

Dalam satu majlis undian di Frankfurt awal pagi tadi, skuad Azzuri yang memenangi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir edisi tahun lalu diundi dalam Kumpulan C di samping Ukraine, Macedonia Utara, Malta selain England. 

Itali bakal mengharungi misi ke pusingan akhir anjuran Jerman untuk menebus semula maruah mereka selepas kegagalan layak ke Piala Dunia Qatar, hujung bulan depan,

Menurut ketua jurulatih juara bertahan Euro 2020 itu, Roberto Mancini, kepada RAI Sport: "Saya sedar bahawa kami akan bertemu sama ada England atau Perancis, tetapi ia tetap OK. 

 

"Ia membabitkan kumpulan lima pasukan yang menarik.  Tiada perlawanan yang mudah, peluang terbuka untuk semua pasukan.

"Ia adalah salah satu perlawanan yang anda perlu dihadapi dan seperti yang kita lihat di Palermo, kami perlu mengambil serius setiap perlawanan biarpun ia kelihatan yang paling mudah."

Keputusan undian: 

Kumpulan A: Sepanyol, Scotland, Norway, Georgia, Cyprus.

Kumpulan B: Belanda, Perancis, Republik Ireland, Greece, Gibraltar.

Kumpulan C: Itali, England, Ukraine, Macedonia Utara, Malta.

Kumpulan D: Croatia, Wales, Armenia, Turki, Latvia.

Kumpulan E: Poland, Republik Czech, Albania, Kepulauan Faroe, Moldova.

Kumpulan F: Belgium, Austria, Sweden, Azerbaijan, Estonia.

Kumpulan G: Hungary, Serbia, Montenegro, Bulgaria, Lithuania.

Kumpulan H: Denmark, Finland, Slovenia, Kazakhstan, Ireland Utara, San Marino.

Kumpulan I: Switzerland, Israel, Romania, Kosovo, Belarus, Andorra.

Kumpulan J: Portugal, Bosnia, Iceland, Luxembourg, Slovakia, Liechtenstein.


 

Advertisement

Must Watch Video