Edin Hazard tersenarai dalam skuad Belgium bagi menghadapi baki kempen pusingan kelayakan Euro 2020 menentang San Marino dan Scotland.
Penyerang itu menyertai Real Madrid, Jun lalu, dengan menandatangani kontrak selama lima tahun di Santiago Bernabeu selepas Chelsea bersetuju dengan tanda harga yang ditetapkan.
Bagaimanapun, pasukan itu berdepan tamparan hebat sebelum bertemu Celta Vigo dalam perlawanan pembukaan apabila Hazard disahkan mengalami kecederaan pinggul.
Pemain berusia 28 tahun itu terlepas dua perlawanan pertama liga walaupun dilaporkan akan memulakan aksi pertamanya dalam LaLiga dengan menentang Villarreal, awal pagi Isnin ini.
Di sebalik isu kecederaan itu, ia tidak menghalang Roberto Martinez untuk menamakannya dalam skuad kebangsaan Belgium menjelang aksi penting pusingan kelayakan berkenaan.
Bagaimanapun, ketua jurulatih itu memberi jaminan bahawa dia tidak akan mengambil risiko sekiranya kapten pasukan berkenaan masih belum pulih sepenuhnya.
"Tentang Hazard, setiap hari akan menjadi waktu penting mengenai kecederaannya.
"Kami tidak akan mengambil sebarang risiko.
"Aksi hujung minggu ini amat penting dan kami akan membuat keputusan itu kemudian," katanya.
Hazard, yang menjaringkan tiga gol sepanjang kempen kelayakan, akan menyertai bintang Manchester City, Kevin de Bruyne, dan pemain baru Inter Milan, Romelu Lukaku, dalam senarai 28 pemain.
Adiknya, Thorgan, turut tersenarai biarpun perancang Borussia Dortmund itu telah diketepikan selama beberapa minggu kerana kecederaan rusuk.
Benito Raman dan pemain muda Anderlecht, Yari Verschaeren, menerima panggilan skuad kebangsaan itu buat kali pertama.
Belgium memulakan aksi kelayakan itu dengan cemerlang apabila memenangi keempat-empat perlawanan pertama dalam Kumpulan E dengan menjaringkan 11 gol dan bolos satu jaringan.
Skuad kendalian Martinez itu akan bertandang ke San Marino, Jumaat depan sebelum bertemu Scotland di Glasgow tiga hari kemudian.
Senarai pemain Belgium:
Koen Casteels (Wolfsburg), Thibaut Courtois (Real Madrid), Simon Mignolet (Club Brugge), Matz Sels (Strasbourg), Toby Alderweireld (Tottenham), Jason Denayer (Lyon), Brandon Mechele (Club Brugge), Thomas Meunier (Paris Saint-Germain), Thomas Vermaelen (Vissel Kobe), Jan Vertonghen (Tottenham), Yannick Carrasco (Dalian Yifang), Nacer Chadli (Anderlecht), Kevin de Bruyne (Manchester City), Leander Dendoncker (Wolves), Thorgan Hazard (Borussia Dortmund), Denis Praet (Leicester City), Youri Tielemans (Leicester City), Michy Batshuayi (Chelsea), Christian Benteke (Crystal Palace), Eden Hazard (Real Madrid), Adnan Januzaj (Real Sociedad), Romelu Lukaku (Inter Milan), Dries Mertens (Napoli), Divock Origi (Liverpool), Benito Raman (Schalke), Leandro Trossard (Brighton and Hove Albion), Hans Vanaken (Club Brugge), Yari Verschaeren (Anderlecht).