Kelantan Darul Naim dalam rundingan untuk mengekalkan khidmat tiga pemain import setelah mereka kehilangan penyerang kebangsaan Myanmar, Aung Kaung Mann, yang menyertai kelab Liga Divisyen Dua Thailand, Phrae United.
Tiga pemain terbabit ialah kapten, Oday Kharoub, Washington Brandao (penyerang) dan Michal Jerabek (pertahanan) tatkala saingan Liga Malaysia berbaki tiga bulan.
Untuk rekod, Kaung Mann menyertai KDN ketika jendela kedua perpindahan pemain September lalu, namun sekadar membuat penampilan empat perlawanan dengan kali terakhir dilihat beraksi ketika bertemu Sri Pahang, 25 Oktober lalu.
Sementara itu, Rezal yang juga bekas pemain negara tidak berselindung dengan isu tunggakan gaji yang masih membelenggu pasukannya ketika ini.
Ammar Hakim
Mon Jan 06 2025