Skip to main content

Bola Sepak

Kelab sudah bertindak sebelum FIFA ambil tindakan -- Christopher Raj

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

palmero.jpg
Bekas exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Christopher Raj, memberi pandangan berfakta merujuk kepada situasi semasa berhubung kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan yang digantung oleh Persekutuan Bolasepan Antarabangsa (FIFA).

Selain impak kepada Harimau Malaya, keharmonian kelab juga patut menjadi perbincangan memandangkan ada pasukan sudah mula mengambil tindakan kesan daripada isu yang melanda. 

Ia, sekali gus memastikan perancangan kelab tidak terpalit dengan isu berat yang melibatkan pemain tersebut.

"Pendapat saya, kelab tahu apa yang dihadapi. Oleh itu, ada beberapa kelab hendak menamatkan kontrak.

"Saya rasa kelab tersebut tidak mahu digantung atau tidak mahu dikenakan tindakan ke atas penipuan yang dilakukan pemain-pemain berkenaan.

"Jadi, kita melihat beberapa pasukan sudah mula bertindak sebelum FIFA mengambil tindakan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Dalam perkembangan sama, Gabriel Palmero yang mewakili CD Tenerife, muncul sebagai pemain pertama yang dibatalkan kontraknya dengan serta merta susulan daripada keputusan rayuan oleh FAM ditolak oleh FIFA.

 

Sementara itu, difahamkan, kelab Amarica de Cali juga dalam proses penamatan kontrak untuk Rodrigo Holgado selain Imanol Machuca dijangka bakal menerima nasib serupa.

"Nampaknya, kelab-kelab terlebih dahulu yakin bahawa peluang untuk mendapat rayuan daripada FIFA kurang berkesan.

"FAM perlu berusaha lebih kuat, dan membawa perkara ini ke CAS.

"Saya yakin akan ada berita baru nanti," katanya di Nadi Arena. 
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video