Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kelab dari Korea Selatan mahu beraksi di liga dalam negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

semipro.jpg
Kombinasi pemain daripada divisyen tiga dan empat kelab Korea Selatan iaitu Sejung SA FC bakal membentuk sebuah pasukan untuk mengintai peluang beraksi di Liga A1 Semi Pro musim depan.

Perkara itu dikongsikan Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, yang dijangkakan akan bertemu dengan dengan wakil Sejung.

Namun, apa pun yang sedang di perkatakan tentang Liga Malaysia sekarang, Yusof tetap berbangga apabila ada pasukan dari liga luar yang berminat untuk memeriahkan saingan Liga A1 musim depan.

Sebuah kelab yang berpengkalan di Korea Selatan sedang menyatakan hasrat untuk bersaing di peringkat amatur.


 
Wakil kelab itu bakal bertemu Yusof di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di mana taklimat mengenai Liga A1 musim depan akan dianjurkan pada hari ini..

"Setakat ini saya boleh sahkan memang ada menerima sebuah permintaan daripada kelab yang beraksi di Liga Amatur Korea Selatan untuk bermain di Liga Amatur negara.

"Namun, kita masih menunggu proses yang perlu dilalui untuk bawa kelab luar dalam negara kita. Tetapi komitmen dan mereka serius untuk bentuk satu pasukan bermain dalam Liga A1 Semi Pro ini," katanya.

Dalam pada itu, Yusof turut menyatakan hasrat untuk melihat kelab PT Athletic segera menyelesaikan isu 'transfer ban' yang sudah berada dalam senarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Saya harap saya boleh tahu selepas perjumpaan kerana jika tak boleh daftar pemain bagaimana mereka mahu beraksi dalam liga." tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisement

Must Watch Video