Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan sensasi ke gergasi Brazil, Palmeiras, sebaik kontraknya bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr, berakhir.
Masa depan bintang Portugal itu di Al-Nassr masih belum dimeterai kontrak baru dan walaupun sudah berumur 40 tahun, Ronaldo yang menikmati gaji sebanyak EUR200 juta (RM967.2j) setahun telah menyumbangkan 91 gol dalam 103 penampilan untuk kelab Asia itu.
Bagaimanapun, musim ini merupakan satu kekecewaan besar buatnya yang menyaksikan Al-Nassr gagal merangkul sebarang gelaran utama malah tidak layak ke Liga Juara-Juara Elit (ACLE).
Namun, harapan kelab Brazil itu untuk mengikat Ronaldo menjelang Piala Dunia Kelab FIFA pertengahan bulan depan tampak mustahil memandangkan kempen semasa Al-Nassr belum berakhir.
Palmeiras mempunyai unjuran pendapatan melebihi BRL 1 bilion (RM750j) pada tahun ini dan pendapatan mereka akan terus meningkat menerusi pembabitan dalam Piala Dunia Kelab yang menawarkan hadiah sebanyak USD1b (RM4.2b).
Kejohanan di Amerika Syarikat itu akan menjadi platform yang sempurna buat Ronaldo dan Palmeiras menjadikan ia sebagai tarikan untuk memikatnya, apatah lagi Amerika Syarikat (AS) antara tuan rumah dalam Piala Dunia tahun depan.