"Siapa yang mampu kekalkan fokus akan mempunyai kelebihan," itu pandangan pengendali Perak, Mehmet Durakovic, menjelang pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak di laman sendiri, malam ini.
Skuad The Bos Gaurus menerima kunjungan PKNS di Stadium Perak, Ipoh sambil mengharapkan sedikit kelebihan mampu diperoleh untuk aksi timbal balik nanti.
Begitupun, Durakovic menyedari persaingan di peringkat ini jauh lebih sukar dan tidak mahu pemainnya hilang fokus dan tidak membuat kesilapan mudah.
Jelasnya, perkara ini sering kelihatan sewaktu aksi di peringkat kumpulan dan memberikan peringatan bahawa sebarang kesilapan mampu membawa padah kepada pasukan.
"Perak perlu memastikan fokus sepanjang permainan. Berdasarkan perlawanan JDT-Pahang, skuad bimbingan Dollah Salleh itu menjaringkan gol pada saat-saat terakhir untuk menyamakan kedudukan," kata Durakovic.
"Jadi, Perak perlu mengelak perkara sebegini dan kemenangan mampu dicapai."
Pandangan sama turut disuarakan jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal.
Sudah pasti misi utama The Red Ants adalah memburu jaringan di tempat lawan selain menggagalkan impian tuan rumah bagi memperoleh kemenangan.
Lantaran itu, Rajagobal percaya beliau mempunyai strategi yang dapat mengekang Perak daripada menampilkan corak permainan mereka bagi aksi malam ini.
"Motivasi Perak adalah berbeza. Kami mengetahui corak permainan mereka dan PKNS memiliki strategi tersendiri dalam perlawanan ini," kata Rajagobal.