Skip to main content

Bola Sepak

Kekalahan ini salah kami -- Sabri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabri-sahar.jpg
Pemain tengah Sabah, Sabri Sahar, mengakui mereka harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan peluang jaringan ketika tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, malam tadi.

Sabah tampil dengan semangat baru di bawah kendalian Julius Ating yang juga bekas pemain skuad itu.

Menjelmakan aksi bertenaga di awal permainan, gawang Sabah bagaimanapun dibolosi pada minit ke-25 hasil jaringan Marko Simic.

Sabri, yang beraksi bersama Negeri Sembilan musim lalu, percaya mereka mampu mengubah keputusan itu seandainya peluang jaringan dimanfaatkan Sabah.

"Kami mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol, cuma kami gagal melunaskannya.

"Negeri Sembilan satu pasukan yang kuat tetapi kami akan berikan saingan yang lebih sengit dalam aksi timbal balik," katanya.

Kemenangan ini jelas memberi bekalan selesa buat skuad Jang untuk aksi timbal balik di Paroi nanti.

Begitupun, pengendalinya, Asri Ninggal, bersikap waspada apabila mengganggap pasukannya belum terjamin ke separuh akhir.

"Selagi 90 minit belum berakhir, kami perlu memperbaiki segala kekurangan, terutama dalam aspek menjaringkan gol," ujar Asri.
 

Advertisement

Must Watch Video