Skip to main content

Bola Sepak

Kejutan bakal berlaku di Piala Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

418483712_930304518465633_7593824754294863588_n-1.jpg
Kejutan istimewa bakal disajikan menjelang aksi pertama Piala Asia Qatar 2023 di antara tuan rumah Qatar menentang Lubnan, awal pagi esok.

Kejutan tersebut bakal berlaku sewaktu perasmian pembukaan kejohanan Piala Asia Qatar 2023 yang akan dilangsungkan di Stadium Lusail, sebagai stadium yang ditetapkan untuk menjadi venue aksi pembukaan dan perlawanan akhir nanti. Perkara ini disahkan oleh Hassan Rabea Al Kuwari, Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi, Jawatankuasa Penganjur Piala Asia AFC 2023.

"Majlis perasmian Piala Asia 2023 akan menjadi satu kejutan untuk semua orang. Akan ada acara khas yang dianjurkan untuk peminat" ujarnya.

Acara perasmian pembukaan akan berlangsung pada Jumaat, 12 Januari 2024, 10 malam waktu Malaysia. Sebagai rekod, Stadium Lusail yang digambarkan sebagai simbolik kemegahan bola sepak di Qatar dan mempunyai kapasiti sebanyak 88,000 tempat duduk itu turut pernah menjadi venue perlawanan akhir FIFA Piala Dunia Qatar 2022.

Kami himpunkan segala berita kejohanan bola sepak terbesar di rantau Asia ini, khususnya membabitkan Harimau Malaya, termasuk video, jadual perlawanan dan kedudukan peringkat kumpulan di sini.

Advertisement

Must Watch Video