Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia: Malaysia hampir ikat Amerika Syarikat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bolasepak-orang-pekak.jpg
Skuad bola sepak pekak Malaysia hampir mengikat Amerika Syarikat dalam aksi pertama Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.

Selepas dibolosi tiga gol dalam separuh masa pertama, skuad negara mula meningkatkan momentum dalam babak berikutnya.

Megat Aniq Muqri menamatkan penantian buat Deaf Tigers apabila merembat masuk jaringannya pada minit ke-64.

Mohd Akeem Mikail kemudian menambah satu lagi jaringan pada minit ke-77 tetapi keputusan 3-2 kekal sehingga ke wisel penamat.

Malaysia seterusnya akan menghadapi Jerman bagi aksi kedua di Stadium UM Arena pada Isnin ini.
 

Advertisement

Must Watch Video