Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF: Skuad wanita berpeluang cerah ke separuh akhir

skuad-bola-sepak-wanita.jpg
Ketiadaan Australia membuka peluang cerah untuk skuad negara mengintai slot ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF 2019 di Chonburi, Thailand,  15-27 Ogos ini. 

Berdasarkan undian Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), Malaysia disenaraikan dalam Kumpulan A bersama juara tiga kali berturut-turut Thailand, Filipina, ​​​​​Singapura dan Timor-Leste.

Juara dua kali, Vietnam, pula mengetuai cabaran Kumpulan B bersama Myanmar, Kemboja dan Indonesia.

Australia yang mula membuat penampilan sejak lima edisi lalu mulai 2013, bagaimanapun tidak menyertai kejohanan edisi ke-12 tahun ini.

Skuad negara bimbingan Jacob Joseph akan memulakan saingan dengan menentang Filipina (15 Ogos), disusuli Singapura (19 Ogos), Timor-Leste (21 Ogos) sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Thailand (23 Ogos). 

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.

Tahun lalu, Malaysia gagal ke separuh akhir selpas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga di belakang Thailand selaku juara kumpulan dan Australia di tangga kedua.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak (FAM), dalam kenyataan hari ini, berkata seramai 30 pemain disenaraikan untuk sesi latihan pusat dari 15 Julai ini hingga 12 Ogos ini di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.

Senarai 30 pelatih:

Penjaga gol: Nurul Azurin Mazlan (Melaka), Asma Junaidi (Perak), Dhiya Fatihah Ahmad Razali dan Olevia Olga Sabrinus (Kedah)

Pertahanan: Mira Fazliana Aidi, Malini Nordin, Nurul Ashikin Mohd Josrie, Maizura Maurice dan Jessica Susanne Maili (Kedah);Yasrikalaura Tumas (Perak), Noor Mianah Balanting (Melaka), Noor Hartini Jasni (Selangor)

Pemain tengah: Nur Faiqah Safira Mohamad Farid (Selangor), Jaciah Jumilis, Alice Mic Micheal, Shereilynn Elly Pius, Haindee Mosroh, Pedrolia Martin Sikayun dan Dadree Rofinus (Melaka)

Eva Olivianie Antinus, Norshahira Suhaime, Nur Farishah Erinna Hisham dan Usliza Usman (Kedah), Siti Nur Izzati Ibrahim (Perak), Norsuraini Mazli (Polis Diraja Malaysia/PDRM)

Penyerang: Norhanisa Yahya dan Lovelytha Jelus (PDRM), Sihaya Ajad (Melaka), Nur Haniza Saarani (Perak), Nurul Izzati Zainol (Kedah)

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video