Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B23: Pertahanan negara positif COVID-19

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

b23.jpg
Jurulatih skuad B23 negara, Brad Maloney, menerima tamparan apabila seorang pemain utamanya diuji positif covid-19 sejurus tiba di Kemboja semalam.

Difahamkan, individu terbabit ialah Fahmi Daniel dan Maloney mengesahkan pertahanan Selangor FC II itu sudah diasingkan untuk pemantauan sebelum boleh kembali menyertai pasukan.

Ketiadaan Fahmi pasti dirasai memandangkan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu merupakan taruhan utama Maloney di posisi pertahanan kanan.

Fahmi dijangka terlepas perlawanan pertama bertemu Myanmar Selasa depan bagi saingan Kejohanan AFF B23 kerana diasingkan selama sembilan hari berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) penganjur kejohanan.

Mujur, jurulatih dari australia itu membawa seramai 28 pemain ke kemboja sekaligus membolehkannya mendapatkan pilihan lain di posisi berkenaan.

Apa pun, maloney enggan berasa cemas dengan situasi pasukannya ketika mereka dijangka tidak berdepan masalah melepasi halangan peringkat kumpulan.

Ini susulan juara bertahan, Indonesia membuat keputusan menarik diri daripada kejohanan kali ini ekoran kes positif COVID-19 dan kecederaan pemain.

Advertisement

Must Watch Video