Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O'Donell, berharap barisan pemain yang terpilih mewakili skuad kebangsaan ke Kejohanan AFF B23 menggunakan peluang ini sebaik mungkin bagi membuktikan kemampuan masing-masing.
Dengan tempoh persiapan yang boleh dianggap singkat, Scott percaya skuad kendalian E. Elavarasan, mampu untuk memberikan saingan dan tidak mustahil untuk mencipta kejutan.
Jelasnya lagi, pentas Kejohanan AFF B23 tersebut mampu dijadikan sebagai medan tebus kekecewaan selepas gagal beraksi baik di temasya Sukan SEA Kemboja yang menyaksikan skuad muda negara menamatkan saingan di peringkat kumpulan.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia di Kejohanan AFF B23 ialah menduduki tempat keempat pada edisi 2005.
"Pertandingan ini tidak berada dalam kalendar FIFA dan kelab mungkin tidak memberikan pelepasan kepada barisan pemain buat pasukan negara yang bertanding, namun ia tetap menjadi platfom terbaik buat barisan pemain negara membuktikan kemampuan mereka, menampilkan kualiti yang mampu mereka ke tahap yang lebih tinggi," kata Scott.