Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B23: Maloney mahu kumpul pemain sebelum berangkat ke Kemboja

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brad-maloney.jpg
Jurulatih skuad B23 negara, Brad Maloney mahu semua pemainnya berkumpul sebelum ke Kemboja bagi menghadapi Kejohanan AFF B23 2022 di Phnom Penh antara 14 hingga 26 Februari ini.

Buat masa ini, hanya Wan Kuzri Wan Kamal mustahil berbuat demikian namun Maloney memberikan tempoh tiga hari untuk mendapatkan kepastian.

Sekiranya gagal, Maloney mengandaikan Wan Kuzri tiada dalam perancangan kali ini.

"Kami kesuntukkan masa sejujurnya dan idealnya saya mahu dia bersama pasukan sebelum ke Kemboja sebagai satu sepasukan dan jika dia tidak dapat bersama kami, kami mungkin tanpa khidmat Wan Kuzri," kata Maloney.

Skuad ini bakal terbang ke Kota Kinabalu esok untuk aksi persahabatan pertama menentang skuad Sabah FC pada Sabtu sebelum bertemu KL City Khamis depan.

"Ia adalah peluang untuk pemain-pemain memastikan tempat mereka ke dalam skuad akhir beraksi di Kemboja. Kami telah cuba mengatur perlawanan antarabangsa namun tidak dapat dimeterai. Kami tetap berpuas hati dengan dua perlawanan yang telah diatur bagi menentukan skuad akhir ke Kemboja."

Sementara itu, tonggak pertahanan tinggi lampai, Shivon Pillay menganggap tiada slot automatik buat dirinya untuk tersenarai dalam skuad terakhir yang bakal berlepas ke Kemboja 12 Februari ini.

Sebaliknya dia perlu bersaing dengan dua lagi pemain di posisinya, Tasnim Naim serta K. Thivandran dalam usaha untuk memikat hati pengendali pasukan, Brad Maloney. 

Kali terakhir Shivon mewakili negara ialah ketika bersama Datuk Ong Kim Swee dalam Kejohanan Piala Newspaper di Vietnam pada 2019. 
 

Advertisement

Must Watch Video