Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B23: Maloney anggap Myanmar pasukan 'misteri'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

8967789641640608955426_600x338.png
Jurulatih skuad B23 negara, Brad Maloney, menganggap Myanmar sebagai pasukan misteri menjelang pertemuan kedua-dua pasukan bagi aksi pertama Kumpulan B Kejohanan AFF B23 di Kemboja.

Rakan sejawatnya, Velizar Popov, pula menyifatkan Malaysia sebagai pilihan sambil menyifatkan kejohanan berkenaan sebagai latihan susulan kepincangan yang dialami pasukannya ketika ini.

"Kami akan cuba menampilkan beberapa muka baru bagi saingan antarabangsa dan ia amat penting bagi mereka untuk meraih pengalaman dalam kejohanan kali ini," kata Maloney.

Skuad muda negara perlu mengelak keciriran mata berdepan Myanmar kerana saingan Kumpulan B membabitkan tiga pasukan susulan Indonesia menarik diri daripada kempen kali ini.

Ini bermakna, hanya tiga mata penuh pada perlawanan pertama Selasa depan mampu mencerahkan peluang awal anak buah Maloney ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, Popov yang juga bekas jurulatih Kelantan mendedahkan kunjungan pasukannya ke Kemboja tempang tanpa beberapa pemain utama atas faktor tertentu.

Advertisement

Must Watch Video