Kapten Skuad B23 negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, percaya dia dan rakan sepasukan sudah sedia untuk menghadapi perlawanan kedua Kejohanan AFF B23 berdepan Timor Leste.
Jelas tonggak pertahanan itu lagi, kemenangan berharga ke atas Indonesia dalam aksi pembukaan Kumpulan B Jumaat lalu menjadi motivasi terbaik untuk skuad kendalian E. Elavarasan terus mencatat keputusan positif.
Ubaidullah bagaimanapun tetap menganggap Malaysia perlu berwaspada dengan ancaman Timor Leste yang dilihat mampu untuk menghalang skuad muda negara mara ke separuh akhir.
Malaysia dijadualkan bertemu Timor Leste di Stadium Rayong, Thailand esok.