BOLA SEPAK
Kejohanan AFF B23: Malaysia akhiri saingan di tempat keempat
Skuad B23 negara menamatkan saingan Kejohanan AFF B23 dengan satu lagi kekecewaan susulan kekalahan kepada Thailand 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi perebutan tempat ketiga di Stadium Rayong,Thailand, sebentar tadi.
Menamatkan saingan di tempat keempat menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian tahun 2005 yang mana skuad negara turut tewas menerusi penentuan penalti kepada Myanmar dalam perebutan tempat ketiga.
Skuad kendalian E. Elavarasan bagaimananpun menampilkan corak permainan yang lebih baik berbanding ketika menentang Vietnam apabila berjaya melancarkan serangan berbahaya dan mengawal perlawanan.
Iklan
Bagaimanapun, kegagalan kedua-dua pasukan memecah kebuntuan hingga tamat permainan menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Malang bagi skuad negara apabila Syahir Bashah dan Muhammad Abu Khalil gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus terpaksa melepaskan gelaran tempat ketiga kepada Thailand.
Must-Watch Video