Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B-18: Maloney lega Malaysia bangkit raih kemenangan

maloney.jpg
Jurulatih skuad B-18 negara, Brad Maloney, lega kebangkitan anak buahnya membuktikan kualiti sebenar sebagai pasukan yang mampu memberi saingan untuk mengisi dua slot automatik ke separuh akhir Kejohanan AFF B-18 Tahun di Vietnam.

Terdapat perubahan yang dilakukan Maloney selepas percaturan dalam aksi pertama ketika berdepan pasukan tuan rumah, Vietnam, gagal membuahkan hasil selepas tewas 1-0.

Berhadapan Singapura yang berjaya mengikat Thailand 1-1 dalam aksi pertama mereka, Malaysia tampak lebih berhati-hati walaupun bermula agak gugup dalam aksi di Stadium Thong Nhat, Bandaraya Ho Chi Minh semalam. 

"Perkara paling penting adalah cara kami bermain dan menyerap tekanan lawan sementara berusaha untuk memastikan setiap peluang dapat disempurnakan," kata Maloney.

Malaysia merakamkan kemenangan 3-1 hasil jaringan yang disempurnakan oleh Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Luqman Hakim Shamsudin sementara jaringan Singapura diledak oleh Muhammad Zamani Md Zamri.

Advertisement

Must Watch Video