Ketua jurulatih skuad B-18 negara, Brad Maloney, bingung dengan tindakan tuan rumah, Vietnam, mengubah jadual latihan rasmi skuad negara di Stadium Thong Nhat yang mengakibatkan Malaysia tidak berpeluang untuk menyesuaikan diri dengan venue perlawanan itu menjelang aksi pembukaan Kejohanan AFC B-18, malam ini.
Tindakan licik Vietnam itu mengundang rasa kesal pengendali berkenaan.
Ditambah dengan hujan berpanjangan di Bandaraya Ho Chi Minh, Maloney berharap anak buahnya tidak terkesan dengan isu itu.
"Latihan semalam amat baik. Keadaan kami amat baik.
"Kami bersedia untuk menghadapi apa jua cuaca di sini.
"Ia agak bagus juga untuk kami menghadapi situasi ini.
"Selepas latihan itu, semua pemain dalam keadaan baik dan kesemua mereka bersedia untuk diturunkan," katanya.