Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B-18: Maloney akui Firdaus beraksi cemerlang

maloney2.jpg
Jurulatih skuad B-18 negara, Brad Maloney, lega dengan kredibiliti anak buahnya yang berupaya mencetak jaringan sempurna menerusi peluang yang terhidang ketika mengatasi Singpura 3-1 dalam Kejohanan AFF B-18 di Vietnam, semalam.

Firdaus Khaironisam menepati janjinya untuk menebus kehampaan skuad negara dalam aksi pertama.

Dengan dua jaringan yang dihasilkannya, sudah tentu dia individu paling berpuas hati dengan prestasinya di Bandaraya Ho Chi Minh semalam dan Maloney sendiri berpandangna sentuhan pemain itu berjaya menyelamatkan maruah skuad negara.

"Luqman (Hakim Shamsudin) memiliki beberapa peluang sepanjang permainan dan Firdaus beraksi dengan cemerlang selepas berjaya meledak dua gol dalam perlawanan ini," katanyadalam .

Tambah Maloney, apa yang ditonjolkan dalam perlawanan semalam sangat berbeza jika dibandingkan dengan prestasi dalam perlawanan pertama skuad negara yang nampak serba tak menjadi ketika tewas kepada tuan rumah, Vietnam, 1-0.

"Tiada perlawanan mudah dalam saingan ini. Mengatasi Thailand meningkatkan semangat Kemboja  dan mereka kini dilihat sebagai pasukan yang berkualiti."

Menjelang aksi berikutnya dengan Kemboja, kesinambungan tiga mata perlu diteruskan untuk terus menghidupkan peluang skuad negara ke peringkat seterusnya.

Advertisement

Must Watch Video