Seramai 23 pemain terbaik yang terpilih daripada tiga aksi persahabatan sebelum ini akan menjadi taruhan ketua jurulatih skuad B-19 negara, Brad Maloney, dalam dua aksi penting menentang Thailand dan Vietnam dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan AFF B-18 di Bandaraya Ho Chi Minh, bermula minggu depan.
Sudah pasti kemenangan awal akan menjadi pembakar semangat buat skuad muda negara itu, yang dilabel sebagai pasukan yang sukar diramal ekoran dibarisi muka baru, termasuk ketua jurulatihnya.
Namun, Maloney berkata perubahan prestasi anak buahnya sejak kem latihan pertama hingga hari ini memberi gambaran jelas bahawa pasukan ini mampu melakar kejutan di Vietnam.
"Mereka menunjukkan perwatakan yang amat baik dalam perlawanan.
"Pasukan ini memiliki semangat juang yang tinggi.
"Mereka menunjukkan kualiti yang tinggi dengan teknik dan persefahaman di atas padang.
"Inilah pasukan yang akan kami bawa untuk menyertai Kejohanan AFF," katanya.
Tambahnya, skuad ini perlu mencetak keputusan positif, terutama dalam aksi pembukaan bertemu pasukan tuan rumah Rabu depan.
"Perkara terpenting adalah beraksi baik.
"Kami mahu berjaya, kami mahu menjadi kompetitif.
"Apa yang penting bagi saya ialah prestasi pemain
"Kami akan memperbaikinya dan mencuba untuk beraksi baik sepanjang kejohanan," tambahnya.
Lima pemain terpaksa digugurkan bagi menepati slot 23 pemain, antaranya Ali Imran Sukari, Nik Umar Nik Aziz dan Muhd Rahadi Azli Rahalim.