"Nak ke Sukan SEA, main betul-betul," itu pesanan jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, untuk pemain skuad B-18 negara yang sedang berjuang dalam Kejohanan AFF B-18 2019 di Bandaraya Ho Chi Minh.
Jika bersesuaian dengan kualiti yang dimiliki, Kim Swee tidak menolak untuk menyerapkan beberapa pemain daripada skuad kendalian Brad Maloney itu ke Sukan SEA Manila, November depan.
Tetapi ia bukan semudah yang disangka kerana mereka perlu membuktikan kredibiliti yang dimiliki layak untuk bersama skuad B-23 negara.
"Masih terlalu awal, Malaysia bangkit mengatasi Singapura selepas tewas kepada Vietnam. Mereka harus mengekalkan permainan yang lebih konsisten," katanya.
Masih terlalu awal untuk Kim Swee memilih mana-mana pemain daripada skuad itu, namun kelibat Luqman Hakim Shamsudin nampaknya lebih menarik perhatian Kim Swee.
"Mungkin Luqman mampu menampilkan permainan yang lebih baik dan berkemungkinan bersama skuad B-23 selepas ini," ujarnya.
Kim Swee mengikuti perkembangan pasukan itu sejak aksi pertama lagi dan kemenangan ke atas Singapura berjaya mengukir senyuman di bibir bekas pengendali skuad kebangsaan itu.