Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B-15: Maniam kagum komitmen skuad kendaliannya

masb15.jpg
Jurulatih skuad B-15 negara, P. Maniam, berkata sikap komited anak buahnya sepanjang kejohanan menjadi rahsia di sebalik kejayaan bergelar 'Raja Asia Tenggara' dengan menjuarai Kejohanan AFF B-15 Tahun di Chonburi, Thailand.

Skuad B-15 negara mencetus sensasi apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan akhir semalam, sekali gus mengulangi kejayaan 2013 untuk gelaran kedua kejohanan.

Namun, apa yang  lebih menarik kali ini, skuad remaja negara yang dibimbing bekas jurulatih Selangor itu turut mengejutkan Australia 3-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan selain mengekalkan rekod tanpa kalah.

"Kami sangat berbangga kerana melatih pasukan ini kerana mereka sangat komited sepanjang permainan. Pasukan bermula lemah kerana sukar menyesuaikan diri dengan cuaca di sini tetapi bangkit dalam separuh masa kedua, sekali gus muncul juara," katanya.

Izrin Ibrahim dan Nabil Qayyum Zainuddin muncul wira skuad remaja negara apabila masing-masing meledak jaringan tatkala insiden pergaduhan mencemari aksi di lewat permainan.

Sementara itu, bekas pertahanan negara, Razman Roslan, mengakui generasi pemain skuad B-15 negara itu mempunyai keistimewaan selepas turut muncul juara Kejohanan Bolasepak Remaja Antarabangsa Haikou di China, Julai lalu.

"Program yang telah ditetapkan sementara pengalaman barisan kejurulatihan menjadi faktor kejayaan mereka muncul juara kali ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video