Jurgen Klopp menganggap kejayaan Virgil van Dijk meraih Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) awal pagi tadi sebagai hadiah buat kesemua pemain Liverpool.
Pemain pertahanan itu melewati tempoh gemilang sepanjang musim lalu dengan membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan mengetuai kemaraan Belanda ke final Liga Negara-Negara Eropah.
Bekas pemain Southampton itu mengekalkan prestasi cemerlangnya musim ini dan mengetepikan dua bintang besar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, untuk menerima pengiktirafan itu di Monaco hari ini.
Klopp memuji aksi individu Van Dijk tetapi menegaskan kejayaan itu tidak akan hadir tanpa kesemua pemain Liverpool.
"Amat hebat! Ia kejayaan yang amat besar. Saya mahu terus menghubunginya tetapi dia perlu naik ke atas pentas. Saya amat gembira untuknya," katanya dalam laman web rasmi pasukan.
"Saya gembira bagi pihak kami kerana dia sedar tanpa rakan-rakan di sekelilingnya, dia tidak akan memenangi anugerah itu.
"Ia anugerah untuk kami semua, namun kami telah menghantar pemain terbaik kami untuk menerimanya.
"Ia amat jarang berlaku buat seorang pemain pertahanan.
"Benar, kami semua sukakan gol -- kami mahu menjaringkannya dan melihatnya -- namun semakin ramai yang mula teruja dengan pertahanan.
"Virg pertahanan yang baik. Buat masa ini, dia 100 peratus pertahanan terbaik di dunia, jadi dia layak menerima anugerah itu, amat layak.
"Ia penutup yang baik selepas menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu," katanya.
Penyampaian anugerah itu berlangsung selepas majlis undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, di mana Liverpool diundi bersama Napoli, Salzburg dan Genk dalam Kumpulan E.
Rakas sepasukan Van Dijk, Alisson, turut meraih anugerah penjaga gol terbaik tahunan dan Klopp tidak meragui kemampuan pemain kebangsaan Brazil itu.
"Saya boleh katakan yang dia amat-amat layak. Dia melakukan aksi menyelamat luar biasa.
"Dalam musim pertamanya bersama kami, dia memenangi Liga Juara-Juara.
"Ia tahun yang hebat buatnya, dia memenangi Liga Juara-juara, Copa America dan sekarang, penjaga gol terbaik musim lalu," tambahnya.