Sir Alex Ferguson percaya kejayaan Manchester United dalam Liga Europa membantu meredakan penduduk di Manchester susulan serangan pengganas, Isnin lalu.
Pemain mendedikasikan kemenangan 2-0 United ke atas Ajax dalam aksi final di Stockholm semalam kepada mangsa-mangsa pengeboman di Manchester Arena, yang mengorbankan 22 nyawa ketika konsert Ariane Grande.
United dan Manchester City akan mendermakan sebanyak GBP1 juta kepada mangsa dan keluarga yang terlibat, dengan Ferguson memuji kekuatan penduduk bandar itu dengan memberi contoh insiden pengeboman Arndale Centre pada 1996 untuk mereka pulih daripada serangan.
"Yang pertama, Manchester merupakan bandar seperti Glasgow (bandar kelahiran Ferguson), ia merupakan bandar kelas pekerja dengan penduduk yang hebat, mereka bersatu padu," kata bekas pengurus itu kepada Sky Sports.
"Mereka telah melalui tempoh sukar pada masa lampau, iaitu pengeboman Arndale Centre pada 1996 dan mereka berjaya bangkit.
"Mereka akan mengharunginya bersama-sama kerana mereka adalah kelas pekerja dan bersatu-padu.
"Malam tadi, United memberikan sedikit keceriaan buat bandar ini. Kami semua amat bangga dengan mereka, ia adalah pencapaian yang hebat."