Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, mengakui perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod dunia adalah situasi sukar buat gergasi LaLiga itu.
Neymar melengkapkan perpindahan bernilai €222 juta (RM1.1 bilion) ke PSG selepas kelab Ligue 1 itu mengaktifkan klausa penebusan kontrak bintang Brazil itu pada Ogos lalu.
Timbul ketidakpuasan hati dalam kalangan peminat Barca selepas Real Madrid memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu, lalu Valverde mengakui ia adalah tempoh yang sukar buat skuad Catalan itu.
"Ketiadaan Neymar adalah situasi sukar bagi kelab," kata Valverde kepada laman sesawang rasmi Barcelona.
"Kami tidak dapat menafikannya."
Barca melabur semula wang itu untuk menggantikan Neymar dengan memancing pemain Perancis, Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund sementara Philippe Coutinho dari Liverpool terus dikaitkan.
Kecederaan paha telah menghalang impak Dembele di Camp Nou sejak 16 September lalu. Walaupun pemain berusia 20 tahun itu hampir kembali, Valverde masih menilai posisi terbaik pemain Perancis itu.
"Mana-mana pemain Barca saling berbeza. Profil Dembele berbeza dengan apa yang kami miliki," kata Valverde.
"Dia mampu bermain di pelbagai posisi dan sangat pantas, kami mempunyai skuad yang besar. Kami telah membuat penggantian yang baik dan dia hampir kembali," ujar Valverde.
Di mana sahaja Dembele dimainkan, ia akan berkisar kepada pemenang lima kali Ballon d'Or, Lionel Messi, yang merekodkan 15 gol LaLiga untuk membantu Barca memimpin carta dengan kelebihan sembilan mata.
"Messi adalah pemain terbaik di dunia. Dia melakukan sesuatu yang luar biasa dengan setiap bola yang disentuh," katanya lagi.
"Kami sangat bertuah untuk memilikinya di kelab ini, berpeluang melihat bagaimana dia menghadapi perlawanan dan komitmennya yang besar kepada kelab dan pasukan.
"Dari segi kedudukannya, bermain di tengah adalah baik untuknya dan bagi kami, dia boleh bermain dengan baik di mana-mana sahaja."