Kehadiran penyokong istimewa Harimau Malaya, Muhammad Ridzwan Erman Effendi. yang cacat penglihatan di hotel penginapan pasukan di Doha, Qatar sedikit sebanyak menyuntik semangat skuad negara yang bakal bertemu Bahrain dalam aksi kedua saingan Piala Asia 2023 esok.
Terdahulu, tular satu video temubual bersama Ridzwan ditemani abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi yang membantu Ridzwan menonton perlawanan pertama Harimau Malaya bertemu Jordan Selasa lepas menggunakan simulasi tangan.
Usaha yang dilakukan bagi memastikan adiknya merasai suasana perlawanan mendapat perhatian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, sekali gus mengambil inisiatif mengatur pertemuan kedua-duanya di hotel penginapan pasukan.
Pengalaman yang dirasai Ridzwan mungkin tidak dapat diselami tanpa kehadiran abangnya yang menjadi tulang belakang sejak mula berlepas ke Qatar lagi termasuk sanggup untuk membelanjakan kos yang tinggi.
Selepas kekalahan 0-4 yang tidak dijangka ketika menentang Jordan tempoh hari, semestinya semangat dan api yang membara dalam jiwa setiap pemain mula pudar.
Namun, diharapkan dengan kehadiran penyokong istimewa ini bertemu dengan beberapa pemain mampu memberikan semangat tambahan buat mereka meneruskan perjuangan berbaki dua perlawanan untuk saingan Piala Asia 2023.

Para pemain skuad Harimau Malaya telah menyantuni Muhammad Ridzwan Erman Effendi, penyokong istimewa Harimau Malaya yang cacat penglihatan di hotel penginapan pasukan di Doha, Qatar sebelum mereka ke padang latihan, petang tadi.#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/mcc30k17pj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 18, 2024