Roma mengesahkan ketibaan Steven N'Zonzi dari Sevilla dengan pemain antarabangsa Perancis tersebut menandatangani kontrak empat tahun dengan kelab Serie A itu.
Juara Piala Dunia itu sering dikaitkan dengan perpindahan dalam tempoh dua tahun terakhir dan akhirnya dapat menunaikan hajatnya dengan kembali bergabung dengan bekas Pengarah Sukan Sevilla, Monchi, di ibu kota Itali itu.
Monchi merupakan individu yang mula-mula membawa N'Zonzi ke Sepanyol daripada Stoke City dan selepas meninggalkan England, dia muncul salah seorang pemain tengah terbaik LaLiga.
Bagaimanapun, di sebalik bakal mencecah usia 30 tahun pada Disember depan, N'Zonzi masih berkembang sebagai pemain selepas Roma berbelanja €26.65 juta (RM123.8j) untuk mengikatnya meskipun bayaran akhir itu boleh meningkat sebanyak €4j (RM18.5j) lagi bergantung kepada klausa berkaitan prestasinya.
N'Zonzi memberitahu laman sesawang rasmi kelab: "Saya sangat senang berada di sini dan menjadi pemain baru Roma.
"Saya sentiasa mahu memperbaiki diri -- tanpa mengira umur, perkara yang paling penting ialah memberikan yang terbaik dan bekerja keras.
"Saya mahu melakukannya untuk menjadi pemain yang lebih baik dan membantu pasukan menerusi sentuhan dan pengalaman saya."
Musim terbaik N'Zonzi di Sevilla adalah sewaktu di bawah bimbingan Jorge Sampaoli dalam kempen 2016-17 ketika dia cemerlang bergandingan di samping Samir Nasri untuk menamatkan saingan di tempat keempat LaLiga.
Hubungan keruh dengan pengurusan kelab itu pada November tahun lalu hampir membawa kepada penghijrahannya susulan N'Zonzi dilaporkan cuba mendesak perpindahan, begitupun dia kembali disenaraikan dalam skuad oleh Vincenzo Montella berikutan pemecatan Eduardo Berizzo.
Pemain berusia 29 tahun itu yang memenangi Liga Europa 2016 menjadi tambahan baru bagi Roma yang akan memulakan musim domestik mereka dengan membuat kunjungan ke Torino, Ahad ini.