Susulan pengumuman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyenaraikan 26 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, paling mencuri tumpuan kelibat pemain naturalisasi terbaru, Romel Morales yang dipanggil buat kali pertama.
Penyenaraian penyerang Kuala Lumpur City itu sekaligus menjawab pelbagai persoalan mengenai statusnya selain menawarkan pilihan skuad kendalian Kim Pan-gon di jentera serangan.
Individu yang paling mengenali Morales ketika di atas dan di luar padang -- kapten KL City, Paulo Josue yang melabel penyenaraian morales sebagai langkah yang tepat ekoran kebolehan penyerang berusia 26 tahun itu beraksi di posisi berbeza selain selaku penyerang sokongan.
Ini bermakna, Morales tidak memiliki masa yang panjang untuk bukti kewibawaan dan meraih kepercayaan Pan-gon, dan pertemuan menentang Syria dalam aksi persahabatan jadi penilaian utama -- sama ada berupaya berada dalam skuad ke Piala Asia Qatar bermula 12 Januari hadapan.

Pengalaman Romel Morales perlu dipertimbangkan Kim Pan Gon untuk "national call up"? pic.twitter.com/PuXVYkMv4x
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 19, 2023