LIGA INGGERIS
Kehadiran Lukaku bersama Chelsea satu kesilapan besar -- Enrique
Bekas pertahanan Liverpool, Jose Enrique, percaya Romelu Lukaku mampu menjadi ancaman dalam perlawanan akhir Piala FA tetapi mempersoalkan keinginan penyerang Chelsea itu.
Lukaku telah menemui rentak prestasi pada minggu lalu, menjaringkan dua gol ketika seri dengan Wolves dan sekali dalam kemenangan 3-0 di Leeds United.
Bagaimanapun, bekas pemain Manchester United dan Inter itu sebelum ini telah mengharungi 10 perlawanan tanpa jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Iklan
Enrique tidak mengagumi musim pertama Lukaku dalam penampilan kedua sebagai pemain Chelsea, namun tetap gembira dengan dengan cara dia mengendalikan dirinya lewat tahun lalu.
Ketika itulah Lukaku menjelaskan rasa tidak senangnya di Chelsea dalam temu bual dengan Sky Sport Italia, mengadu tentang peranannya dalam pasukan kendalian Thomas Tuchel.
Dalam temu bual dengan Stats Perform, Enrique mempersoalkan sama ada ketua jurulatih Tuchel berada di belakang keputusan untuk menandatangani Lukaku Ogos lalu, atau sama ada ia dilakukan tanpa melibatkannya.
"Jelas sekali ia adalah keputusan yang salah kerana apa yang Lukaku lakukan pada Januari," kata Enrique.
Enrique yang ketawa menambah: "Sejujurnya, saya tidak begitu faham apa yang dia lakukan, kata-katanya menghadirkan satu kontroversi.
"Jelas sekali dia juga tidak suka berlari, satu lagi perbandingan dengan [Paul] Pogba di [Manchester] United.
"Daripada segi kebolehan, saya suka Lukaku; dia mempunyai segala-galanya. Saya fikir dia seorang pemain terbaik bertaraf dunia ketika berjaya menampilkan corak permainan terbaik, namun dia kelihatan jauh daripada prestasi yang pernah ditampilkan."
The goal his work merited! ? pic.twitter.com/0nvgO5eQ2B— Chelsea FC (@ChelseaFC) May 12, 2022
Must-Watch Video