OSASUNA 1 REAL MADRID 4
Zinedine Zidane sekali lagi mengulangi tiada masalah di antara dirinya dan Gareth Bale selepas menurunkan pemain sayap itu ketika Real Madrid merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Osasuna.
Real kini mendahului saingan LaLiga dengan 52 mata selepas 23 perlawanan, berkelebihan empat mata ke atas Barcelona yang mengatasi Real Betis 3-2 di El Sadar.
Unai Garcia menanduk masuk jaringan pembukaan buat tuan rumah pada minit ke-14 sebelum Isco melakukan rembatan voli untuk meledak gol pertama LaLiga musim ini, diikuti Sergio Ramos yang menggandakan jaringan Real sebelum tamat separuh masa pertama.
Pemain gantian, Lucas Vazquez dan Luka Jovic, melengkapkan kemenangan Real dengan dua lagi gol sebelum tamat permainan, yang menyaksikan Bale dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 20 minit.
Bintang Wales itu melakukan hantaran buat jaringan penyamaan Isco dan Zidane berpuas hati dengan usaha pemain itu sepanjang permainan.
"Bale adalah seorang pemain yang penting bagi Real dan dia telah membuktikannya," kata Zidane.
"Dia telah direhatkan daripada tiga perlawanan sebelum ini dan cemerlang sepanjang 70 minit di atas padang ketika berdepan Osasuna.
"Namun, masalah kini adalah mereka mahukan kami memiliki masalah dengan Bale tetapi perkara itu tidak wujud.
"Terdapat ramai pemain dan sukar untuk menguruskan kesemuanya. Bale adalah pemain penting buat pasukan dan dia membuktikannya dan terus beraksi, sama seperti yang lain."
Ditanya mengenai prestasi Bale, Zidane berkata, "Dia telah melakukan yang terbaik. Saya gembira di atas persembahannya, Bale telah memberikan segala usaha ketika menyerang dan bertahan.
"Dia bagaimanapun masih kekurangan daripada sudut fizikal, jadi dia terpaksa digantikan. Kami semua menyedari apa yang telah diberikannya kepada pasukan dan bermula saat ini sehingga tamat musim. Kami boleh bergantung harap kepada Bale."
Jovic seorang lagi pemain yang tidak sentiasa mendapatkan perhatian pengendalinya dan bekas penyerang Eintracht Frankfurt itu melepaskan rembatan kencang untuk mencatatkan gol keduanya dalam saingan LaLiga, yang pertama sejak Oktober lalu.
"Saya gembira untuknya, saya memerlukannya, dia seorang penyerang semula jadi yang mana anda boleh mengatakan banyak perkara," kata Zidane lagi.
"Dia bermain dengan cemerlang tetapi dia akan bersedih jika gagal menjaringkan gol. Dia perlu mempertingkatkan lagi mutu permainannya tetapi saya gembira di atas jaringannya. Ia amat berguna buat Real."
Eden Hazard sekali lagi tidak terlibat bersama pasukan, dengan pemain kebangsaan Belgium itu masih lagi berusaha untuk mendapatkan tahap kecergasan menjelang pertemuan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Manchester City penghujung bulan ini.
"Ia merupakan perkara yang kami lakukan bersama," jelas Zidane ketika membincangkan pengurusan pemulihan Hazard daripada kecederaan patah buku lali.
"Masanya belum tiba lagi hari ini dan kami akan melihat pula untuk minggu depan. Kami berharap perkembangannya positif dan dapat menyertai pasukan untuk aksi seterusnya."
Editor: Ammar Hakim

➕3⃣ A good day at the office!#OsasunaRealMadrid | #HalaMadrid pic.twitter.com/5yWjU33kCk
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) February 9, 2020